Pernahkah anda tertanya-tanya tentang kulat putih yang ada pada tanaman anda? Ia adalah sejenis penyakit kulat serbuk yang memberi pelbagai kesan kepada semua jenis pokok, tumbuh-tumbuhan dan ia bertanggunjawab atas kehilangan nutrien pada pokok. Ini menyebabkan pertumbuhan pokok menjadi kurang dan menjadi lemah.
Apakah "powdery mildew" atau "kulapuk berdebu"?
Terdapat banyak spesies kulat iaitu seperti penyakit kulat jenis serbuk iaitu powdery mildew atau kulapuk berdebu, dan setiap spesies penyakit ini menyerang pelbagai jenis pokok atau tumbuh-tumbuhan yang berbeza.Tidak seperti penyakit kulat yang lain, powdery mildew atau kulapuk berdebu ini tidak memerlukan kelembapan untuk menjangkiti tumbuhan. Ia juga bertahan dengan baik dalam kehangatan. Ini bermakna bahawa ia boleh menjangkiti tumbuhan di bawah pelbagai keadaan.
Apabila kulat mula mengambil alih salah satu daripada tumbuh-tumbuhan anda, powdery mildew atau kulapuk berdebu yang terbentuk ini adalah terdiri daripada banyak jenis spora. Spora ini membawa jangkitan kepada tumbuh-tumbuhan yang lain melalui angin. Kulat ini boleh melambatkan pertumbuhan tumbuhan dan tanaman anda. Dalam sesetengah kes, jika jangkitan itu cukup teruk, powdery mildew atau kulapuk berdebu boleh membunuh pokok-pokok tersebut.
Kenalpasti Kerosakan Akibat Powdery Mildew Atau Kulapuk Berdebu
Tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman yang dijangkiti powdery mildew atau kulapuk berdebu kelihatan seolah-olah mereka telah diselaputi dengan tepung.Powdery mildew atau kulapuk berdebu biasanya bermula sebagai tompokan kecil, bintik serbuk putih, yang boleh muncul pada daun, batang, dan kadang-kadang pada buah-buahan.
Powdery mildew atau kulapuk berdebu biasanya meliputi bahagian atas daun dan memberi kesan kepada daun tua pertama; daun bertukar menjadi kuning dan kering. Kulat ini mungkin menyebabkan beberapa daun untuk melengkung atau menjadi seperti diputarbelitkan.
Bintik-bintik putih powdery mildew atau kulapuk berdebu akan merebak untuk menutup sebahagian besar daun atau kawasan yang terlibat. Simtom-simtom ini biasanya muncul pada pengakhiran musim penanaman dan semakin meningkat sekiranya tidak dikawal.
Cara Kawalan Dan Pencegahan Powdery mildew atau kulapuk Berdebu
Menggosok daun yang dijangkiti bersama-sama boleh membantu sebahagiannya membuang penyakit itu daripada pokok-pokok.Buang semua bahagian tumbuhan dijangkiti dan memusnahkan mereka. Ingat, pokok dijangkiti tidak boleh dijadikan kompos kerana penyakit ini masih boleh disebarkan oleh angin dan sentuhan.
Sembur pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang dijangkiti dengan racun kulat. Racun kulat yang berkesan untuk rawatan powdery mildew atau kulapuk berdebu adalah sulfur, kapur sulfur, minyak neem, kalium bikarbonat dan of course Proshield Antiseptic.
Dosage yang kami rekomen adalah nisbah 400ml Proshield Antiseptic setiap 20 liter air. Lakukan semburan selang sehari sehingga powdery mildew atau kulapuk berdebu tersebut hilang dan daun menampakkan kehijauan aslinya.
Hubungi kami untuk keterangan lebih lanjut